Omega 3 Supplemen Untuk Kecantikan Kulit



Betul ke Omega 3 ialah vitamin kecantikan kulit? Betulll...tak percaya yer? Yerlah selalunya kan Omega 3 ni dikaitan untuk fungsi otak dengan meningkatkan memori serta mencegah daripada penyakit jantung dan strok kan? Tapi, sebenarnya banyak manfaat yang boleh kita perolehi dengan mengamalkan supplemen yang mempunyai asid lemak omega 3 di dalamnya...
OMEGA DAN KECANTIKAN KULIT

Asid Lemak Omega 3 terdiri daripada EPA, DHA, ALA dan banyak lg..EPA atau Eicosa Pentanoic Acid  boleh membantu anda dalam menghadapi masalah kulit kering, bersisik, malalah rambut dan kulit kepala dan dapat mengawal pengeluaran minyak untuk meningkatkan penghidratan dan mencegah jerawat, dan juga dapat melambatkan proses penuaan kulit untuk mencegah kedutan. 

Wah banyak juga kan manfaatnya..Kita perlu memastikan bahawa kita mendapat asid lemak omega 3 yang mencukupi di dalam badan bagi mengekalkan kelembapan kulit dan mencegah ia dari kering dan mengelupas. Perlu anda tahu bahawa, Omega 3 ini tidak boleh dihasilkan oleh badan jadi, kita perlu dapatkannya daripada makanan atau pun supplemen.

Omega-3 juga boleh membantu melindungi kulit anda dari kerosakan kesan daripada sinaran ultraungu (UV) matahari. Bahan-bahan berbahaya yang dipanggil radikal bebas yang dihasilkan, boleh merosakkan sel-sel dan membawa kepada kanser dan penuaan pra-matang. Jadi, Omega 3 dapat bertindak sebagai antioksidan yang melindungi badan anda daripada bahan ini.

Satu kajian pada tahun 2005 di Jurnal Penyelidikan Lipid mendapati bahawa EPA boleh membantu menghalang pengeluaran enzim yang disebabkan oleh UV yang merosakkan kolagen dalam kulit kita yang menyebabkan garis-garis halus dan kulit kendur. EPA adalah antioksidan dan agen anti-radang, yang boleh melindungi daripada kerosakan matahari dan membantu memperbaikinya.

Kerana ciri-ciri anti-radang ini, omega-3 juga boleh membantu dalam menyembuhkan kulit yang mempunyai masalah seperti rosacea, psoriasis dan ekzema. Selain itu Omega 3 bermanfaat untuk kulit kepala anda juga..Jika nutrien tidak mencukupi, kulit kepala akan menjadi kering dan juga akan timbul masalah rambut berkelemumur. Bila kulit kepala sihat, rambut pun akan menjadi cantik dan berkilau.

Selain mengamalkan supplemen, anda juga boleh mendapat sumber Omega 3 dari makanan seperti ikan salmon, tuna, sardin, telur, kekacang dan juga ikan bilis. Tapi, adakah ia mencukupi dan kita mengambilnya setiap hari? Kitaa boleh menambah supplemen Omega Gurard Shaklee untuk menampungnya..

Jadi, apa tunggu lagi? Nak CANTIK TAK? Jom dapatkan vitamin kecantikan anda iaitu Omega Guard untuk mendapatkan manfaat Omega 3 yang ada di dalamnya. Bukan sekadar cantik malah baik untuk kesihatan anda juga..Nak tahu lebih lanjut mengenai Omega Guard Shaklee? Klik link ini.


https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=9f16563436a5d946e37538eb164ee775


Untuk keterangan lanjut mengenai produk dan konsultasi PERCUMA selepas pembelian barang, hubungi:

SMS/Call/WhatsApp: 019-313 2413 (Anis)
Email: vitaminkesihatan@gmail.com
FB: Anis Suziana Ahmad                                                                   


Tiada ulasan:

Catat Ulasan