Di Mana Nak Renew Lesen Perniagaan?

Baru-baru ni saya baru perasan lesen perniagaan saya dah hampir tamat tempoh. Mula lah terfikir-fikir macam mana nak renew lesen perniagaan saya ni. Hari bekerja tak sempat nak ke SSM sebab uruskan anak sekolah. Nak ke UTC agak jauh juga dari rumah..Hari cuti pula tak sempat sebab nak balik kampung..Itulah buat lagi kerja last minute..hehehe..

Akhirnya saya pun buka laman web SSM. rupa-rupanya selain Kaunter SSM, nak renew lesen perniagaan pun boleh dibuat di kaunter BSN.

Kebetulan BSN memang dekat sahaja dengan rumah. Jadi, senang dan mudah lah. Seawal pukul 9.00 pagi saya dah terpacak depan BSN. Saya mintak borang A1 di kaunter, isi, tunggu giliran semua..15 minit dah siap..Cepat..Kebetulan masa hari yang saya pergi renew lesen perniagaan ni orang tak ramai lagi. awal pagi kot..

Jadi, selepas ini senang dan mudah lah saya nak renew lesen perniagaan saya. Dekat dan juga mudah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan