Rawatan Penyakit Anxiety Disorders

Kebanyakan orang hampir boleh dipastikan pernah mengalami masalah yang dipanggil rasa cemas, gelisah, bimbang, dan panik. Rasa cemas adalah sebahagian daripada emosi normal bagi seorang manusia. Anak-anak cemas ketika di hari pertama mereka harus pergi ke sekolah, di kemudian hari ia cemas kerana harus menghadapi ujian, orang dewasa cemas saat menanti hari perkahwinannya, atau cemas apabila perlu membuat sebuah keputusan penting, dan sebagainya.

Tapi, rasa cemas tersebut boleh menjadi gangguan yang sangat teruk dan meletihkan dalam keadaan tertentu. Jika ini berlaku, ia bukan lagi rasa cemas yang normal. Dalam istilah psikologi gangguan ini disebut Anxiety Disorders.



Apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan anxiety disorders itu?

Anxiety disorders adalah masalah penyakit mental yang serius. Orang dengan gangguan ini biasanya mempunyai rasa cemas yang berlebih-lebihanan dan sering kali rasa cemas ini mengaktifkan mereka.

Ada beberapa jenis anxiety disorders yang boleh kita temui iaitu:

Panic disorders. 
Orang-orang dengan gangguan panik ini biasanya sering merasa diganasi secara tiba-tiba dan berlaku berulang kali. Mereka sering kali mudah berpeluh, merasakan sakit di dada, palpitasi (degupan jantung tidak teratur), dan perasaan tersedak, yang dapat membuat seseorang merasa seperti sedang mengalami serangan jantung.

Obsessive-Compulsive Disorders (OCD)
Orang-orang yang mengalami OCD ini biasanya mempunyai gangguan fikiran yang berterusan dan ketakutan tertentu kepada sesuatu secara berlebihan sehingga mendorongnya untuk melakukan ritual atau rutin tertentu. Misalnya, orang yang takut pada kuman secara berlebihan sering kali berfikiran bahawa ada banyak kuman di sekelilingnya, sehingga setiap kali ia menyentuh sesuatu, ia harus segera mencuci tangan atau menggunakan pembersih tangan.

Post-traumatic stress disorder (PTSD)
Orang dengan gangguan PTSD ini biasanya pernah mengalami trauma atau peristiwa yang sangat mengerikan seperti gangguan seksual atau fizikal, kematian tak terduga orang yang dicintai, atau bencana alam. Orang dengan PTSD sering mempunyai fikiran dan kenangan yang abadi dan cenderung untuk berasa takut terhadap kejadian tersebut. Biasanya, mereka cenderung untuk rasa mati secara emosional.

Social anxiety disorders 
Sering disebut juga sebagai fobia sosial, yakni kecemasan berlebihan seseorang terhadap persekitaran sosialnya. Orang-orang dengan gangguan ini biasanya takut dengan penilaian orang lain, takut diejek, takut tidak diterima oleh teman-temannya dan sebagainya.

Spesific phobias 
Biasanya, orang-orang dengan gangguan ini mempunyai ketakutan-ketakutan terhadap hal-hal tertentu sahaja. Seperti takut ketinggian, takut darah, takut ular, takut terbang, dan lain-lain lagi.

Generalized anxiety disorder
Gangguan ini melibatkan rasa bimbang yang berlebihan, sering kali tidak realistik, meski tidak ada hal-hal yang mencetuskan ketakutan tersebut. Orang-orang demikian sering kali mengalami halusinasi.


Gejala-Gejala anxiety disorders:
  • Rasa panik / cemas yang berlebihan
  • Tidak terkawal, cenderung keterlaluan terhadap sesuatu
  • Sering mengalami kilas balik dari pengalaman trauma
  • Sering dihantui mimpi buruk
  • Mempunyai perilaku ritual yang aneh, misalnya sering mencuci tangan berkali-kali
  • Sering berpeluh sejuk
  • Sesak nafas, palpitasi (degupan jantung tidak teratur)
  • Tidak boleh tenang atau diam
  • Sering mengalami ketegangan otot
  • Mual, pusing, dan sering kesemutan

Apa puncanya?
Gangguan kecemasan ini merupakan salah satu bentuk dari penyakit mental. Penyebabnya boleh terjadi dari apa sahaja, seperti ketidakseimbangan kimia dalam tubuh, perubahan struktur otak, tekanan persekitaran, trauma dan phobia, dan sebagainya.

Diagnos penyakit anxiety disorders ini hanya boleh dilakukan oleh doktor pakar. Tidak semua orang boleh terus menilai bahawa orang dengan gejala-gejala yang telah disbeutkan di atas tadi mengalami anxiety disorders. Doktor memerlukan kajian dan pemerhatian terhadap tingkah laku pesakit.

Rawatan Anxiety Disorders
Juka telah didiagnos oleh doktor, pesakit anxiety disorders ini akan diberikan ubat penenang supaya mereka tidak terlalu rasa tertekan atau stress. Tapi, ubat-ubat ini tidak boleh di ambil secara berterusan. Perlu juga ada rawatan lain bagi membantu mengatasi masalah anxiety disorders ini.

Rawatan secara pengambilan supplemen yang semulajadi sangat disyorkan bagi mengurangkan masalah dan simpton atau gejala yang dihadapi.

Bagaimana Cara Mengatasi Masalah Anxiety Disorders?
Anxiety disorder ini adalah penyakit berkaitan dengan mental. Jadi mental perlu bebas dari rasa stress yang melampau dan mengawal tekanan perasaan.

Supplemen Yang boleh Untuk Mengatasi masalah Stress?
  1. BComplex shaklee. BComplex terutama folic asid dan B12 adalah vitamin yang penting bagi mereka yang mengalami masalah tekanan. Vitamin B Memang terkenal sebagai suplemen penenang dan juga supplemen anti stress. Ini penting bagi pesakit anxiety disorders berada dalam keadaan tenang sentiasa.
  2. Omega Guard mempunyai asid lemak omega -3 dan juga EPA,DHA dan ALA yang salah satunya berfungsi sebagai anti-stress dan anti-inflamasi. Bagus untuk kesihatan otak. Ini perlu supaya pesakit tidak berhalusinasi dan berfikiran bila keadaan mental menjadi semakin letih dan penat.
  3. Ostematrix pula membantu pesakit anxiety disorders ini senang tidur sebab kebanyakan mereka agak sukar untuk tidur. Bila tidak tidur, otak menjadi letih mula akan berfikiran yang bukan-bukan. Selain itu ostematrix ini juga penenag kepada saraf, mengatasi jantung berdebar, gementar, mengawal denyutan jantung dan sebagainya.
VITAMIN ANXIETY DISORDERS
Add caption

Saya pasti, ramai di luar sana yang mengalami masalah seperti ini. Jangan takut untuk mencuba supplemen bagi mengatasi masalah anda. Mana tahu serba sedikit dapat membantu anda daripada terus bergantung kepada ubat.

Ikuti kisah penghidap Anxiety Disorders yang telah sembuh dari penyakitnya setelah mengamalkan supplemen yang dicadangkan..KLIK DI SINI.

Untuk pembelian terus secara online menggunakan kad debit atau kredit boleh klik di button yang disediakan di bawah:


atau boleh hubungi saya terus di:



SMS/Call/WhatsApp: 019-313 2413 (Anis)
Email: vitaminkesihatan@gmail.com
                                           FB: Anis Suziana Ahmad                                                  
IG: vitamin_online_shop
COD: Taman Sri Gombak, Batu Caves, UIA GOMBAK, SENTUL, Maju Junction KL,
SEKITAR GOMBAK

Your Trusted SID
Anis 906379
019-3132413

Tiada ulasan:

Catat Ulasan